Sunday, February 6, 2011

INGIN BERUBAH

3 RABI'ULAWAL 11432H / AHAD 6 FEBRUARI 2011

Barangkali tulisan ini sedikit lewat dari waktunya.

Sudah lama tercoret dalam buku nota kusam itu, namun hari ini, barulah 'terbuka' hati untuk menulis dalam blog. Lagipun, blog ini blog baharu. Baharu direka bagi memenuhi hasrat menulis dalam satu atmosfera yang baharu. Mencuba 'bermain-main' dan mereka dalam Blogspot.

Baru usai membaca buku 'Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman' (walau belum bertemu muka surat terakhir). Hasil pengalaman-pengalaman Profesor Muhd Kamil Ibrahim. Hanya boleh menyebut MASYAALLAH. Dia 'dilorongkan' ILAHI dengan kesempatan dan kelebihan merasai manisnya berada dalam RAHMAT TUHAN YANG ESA.

(Dan aku mula memasang harapan dapat 'menjadi' sepertinya. Bolehkah?)

Namun, sekiranya DIA memberikan 'keistimewaan' itu dalam keterbatasan dan sisa-sisa usia kehidupan ini. Aku bersyukur. Pastinya bukan boleh bergoyang kaki menanti 'keistimewaan' itu turun dari langit, malah WAJIB ada ikhtiar membaiki diri.

Sungguh, telah banyak dosa dilakukan oleh diri ini.

Semoga sahaja masih ada K E S E M P A T A N.

INSYAALLAH ...